Selamat Datang Ke Blog Airku Air Malaysia

Sunday 5 June 2011

Hargai Kepentingan Air



Hampir 70 peratus daripada keseluruhan tubuh manusia mengandungi air. Oleh itu, kita disarankan mengambil antara 8 hingga 10 gelas air sehari. Pengambilan air yang mencukupi amat penting bagi tubuh manusia untuk mengenyah toksik dalam badan, melincirkan sendi, membantu sistem dan organ pencernaan, mengawal suhu badan serta menghantar nutrien dan oksigen ke sel-sel badan.

Air yang bersih dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, menggalakkan metabolisme sel, mengurangkan risiko penyakit dan pertumbuhan sel abnormal serta dapat menghalang penyebaran toksin. Walau bagaimanapun, air yang kita minum pada hari ini semakin tidak selamat berikutan daripada pencemaran sumber air yang semakin teruk. Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan, warna dan kualiti sehingga menyebabkan ia tidak sesuai diminum dan memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Suatu ketika dahulu, masyarakat tidak menghargai bekalan air bersih yang sememangnya mencukupi, malah melebihi untuk menampung kegunaan seharian. Tetapi pada hari ini, air dikhuatiri menjadi satu komoditi penting berikutan kekurangan sumber air serta peningkatan kos rawatan air.

Air adalah satu sumber yang bernilai tetapi kita terus mengeksploitasikannya. Sehingga kini, banyak yang telah diperkatakan, dibincangkan serta ditulis mengenai air. Namun, kebanyakan daripada kita masih kurang menghargainya.

Kita sudah tentu berasa jijik dan loya apabila melihat pelbagai sampah membusuk di dalam longkang, membuatkan pengaliran air longkang tersumbat. Pantai-pantai dipenuhi sampah sarap yang menjengkelkan dan punca utamanya ialah manusia itu sendiri. Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Namun, masih ada segelintir kilang yang secara terus menyalurkan sisa buangan ke dalam sungai.

Selain itu, pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. Antaranya, disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai. Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku dan menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku.

Saturday 14 May 2011

Sumber Air Mentah Krisis Masa Hadapan negara?

Malaysia yang kaya dengan sumber air dapat memenuhi kehendak dan permintaan rakyat bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti kehidupan harian. Walaubagaimanpun, akibat daripada proses globalisasi yang membawa kepada kemajuan negara telah menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar yang kian berleluasa, sehingga merosakkan sistem sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada rakyat. Meskipun sumber air tidak pupus, tetapi air yang dapat digunakan oleh manusia dengan selamat adalah semakin berkurangan.
Pencemaran sungai di Malaysia merupakan satu masalah alam sekitar yang semakin ketara dari semasa ke semasa dan sehingga sekarang masih tiada lagi suatu cara penyelesaian secara efektif yang dapat menangani masalah ini.Baru-baru ini, isu bekalan air paip yang berbau busuk telah berlaku di sekitar tujuh daerah di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Ia berpunca daripada pengaliran masuk air busuk hitam (leachate) yang mengandungi ammonia dan bahan berbahaya lain dari kawasan pelupusan sampah Bukit Tagar ke aluran anak sungai dan seterusnya memasuki sungai Selangor.Bekalan air paip yang berbau ini telah menyebabkan penduduk di daerah-daerah tersebut tidak berani menggunakannya. Masalah ini telah menyedarkan kita betapa seriusnya masalah pencemaran air dinegara kita maka kita tidak boleh memandang ringan terhadapnya lagi malah harus mengambil tindakan yang sewajarnya agar dapat mengelakkan masalah pencemaran air yang bertambah buruk.

Thursday 5 May 2011

Air ooo Air ....






Sebatang sungai yang wujud di sesebuah kawasan kebiasaannya menjadi tumpuan utama untuk dijadikan kawasan petempatan. Jika dilihat secara keseluruhan, sejak permulaan kehidupan manusia, sungai telah memberikan banyak jasa kepada kehidupan sejagat. Apa tidaknya, ia bukan sahaja membekalkan sumber makanan, malah ia telah dikaji dan membolehkan ia digunakan untuk penjana elektrik.
Namun apa yang berlaku, jasa baik sungai tidak lagi dimanfaatkan sebagai
kemudahan kita. Sungai telah disalahpakai oleh kehidupan manusia.
Mengulas kejadian yang berlaku pada Keratan 1, Sungai Serai pada mulanya digunakan punca utama penduduk sekeliling. Dahulunya, sungai tersebut di gunakan sebagai punca utama sumber minuman harian, namun apa yang tinggal hanyalah sebuah sejarah. Daripada isu yang berlaku dalam keratan ini, kita boleh mendapati punca utama yang melanda Sungai Serai ialah berpunca kegiatan manusia yang
tidak bertanggungjawab. Melalui kenyataan pada keratan akhbar tersebut, Sungai
Serai di Hulu Langat ini dijadikan tempat untuk mencuci pasir dan ini telah berlarutan sehingga 7 tahun. Bayangkan selama 7 tahun ia digunakan sebagai kawasan mencuci pasir, apakah nasib yang akan ditimpa oleh penduduk Hulu Langat yang berdekatan dengan Sungai Serai. Apa yang dilhat sini, aktiviti mencuci pasir ini telah menjejsakan kualiti air mentah di negara kita.

Wednesday 27 April 2011

Tip Penjimatan Air

      Air bertindak sebagai salah satu keperluan utama untuk pertambahan dan pembangunan sejagat. Penambahan populasi manusia dan perindustrian menyumbang kepada kadar penggunaan air yang tinggi, faktor ini meningkatkan permintaan air. Semakin kita melangkah ke gaya hidup yang lebih moden, kita perlu bertindak untuk menjimatkan penggunaan air bagi menjamin bekalannya di masa hadapan.
      Sebagai contoh seorang manusia hanya memerlukan 50 liter (lebih kurang 30 botol air mineral bersaiz besar) air sehari untuk keperluan asas. Jumlah ini dibahagi kepada air minuman (5 liter), kebersihan peribadi (20 liter), mandi (15 liter) dan penyediaan makanan (15 liter). Namun demikian, penggunaan air boleh mencapai sehingga 500 liter per individu iaitu bersamaan dengan 333 botol air mineral bersaiz besar.
      Antara tindakan yang boleh diambil untuk memjimatkan air ialah:
  1. Mengumpul air hujan
  2. air ini boleh digunakan terutama untuk kegunaan luar rumah seperti menyiram pokok, membasuh kereta dan mencuci lantai. Malaysia menikmati 3000 mm hujan setiap tahun, secara purata sebuah rumah boleh menjimatkan 40% bersamaan 180,000 liter kegunaan air setiap tahun dengan air hujan yang dikumpulkan ini.
  3. Menutup paip
  4. jimatlah air dengan mengelakkan air paip dari mengalir secara berterusan. Gunakan baldi atau besen apabila mencuci pinggan mangkuk, makanan dan kereta. Tutuplah paip air ketika memberus gigi atau bercukur. Air paip yang dibiarkan menitik boleh membazirkan 12,000 liter air setahun.
  5. Berjimat ketika mengepam tandas
  6. pastikan belian anda selepas ini adalah tangki tandas yang menggunakan sistem pam- separuh atau isipadu yang lebih kecil, ini boleh menjimatkan 35,000 liter air setahun (layari internet: ‘toilet+half flush’) ataupun cara mudah dengan meletakkan bekas plastik ke dalam tangki tandas (diletakkan pasir @ batu kecil dan dipenuhi dengan air). Bekas itu akan mengurangkan air untuk setiap pam tanpa menggangu keupayaaan tandas tersebut.
  7. Periksa kebocoran
  8. titiskan beberapa titik pewarna ke dalam tangki tandas dan periksa mangkuk tandas samada perwarna  tersebut kelihatan, jika ada ini bermakna terdapat kebocoran. Baikilah segera kerana kebocoran yang kecil boleh membazirkan beribu liter air sebulan.
  9. Kurangkan masa mandian secara hujan (shower)
  10. mandi menggunakan gayung adalah cara terbaik. Dijangkakan 17,000 liter air di setiap rumah dapat dijimatkan jika mandian secara hujan dihadkan kepada 5 minit.
  11. Penuhi mesin basuh
  12. lebih kurang 23,000 liter air setiap tahun dapat dijimatkan jika kita hanya membasuh apabila mesin penuh.
  13. Kurangkan kekerapan mencuci kereta
  14. cucilah kereta sekali dalam seminggu untuk mengelakkan pembaziran air.

Tuesday 19 April 2011

# Rakyat Malaysia Paling Banyak Bazir Air

Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna yang paling banyak membazir air berbanding pengguna negara lain di Asia Tenggara, kata Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Menurut Kajian Penggunaan Air Domestik, katanya, penduduk Malaysia menggunakan purata 226 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura (155 liter) dan Thailand sebanyak 90 liter setiap hari.
Katanya kadar penggunaan air yang disyorkan untuk setiap penduduk di negara ini ialah 165 liter setiap hari dan penggunaan air semasa oleh setiap individu mencerminkan tabiat pembaziran oleh masyarakat.
“Sekiranya penduduk Malaysia mematuhi kadar penggunaan air yang disyorkan itu, maka pengguna boleh menjimat sehingga 28.2 meter padu setiap isi rumah yang membawa kepada penjimatan RM18.33 sebulan,” katanya ketika merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, hari ini.
Chin berkata mengikut kajian itu, 70 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak mungkin mengurangkan jumlah penggunaan air di rumah masing-masing pada tiga tahun akan datang.
“Kita tidak sedar tindakan kecil seperti membiarkan air paip terus mengalir ketika memberus gigi dan mengabaikan kebocoran paip boleh mengakibatkan jumlah
besar pembaziran air yang dirawat,” katanya.
Karnival sehari dengan tema ’1Hijau 1Komuniti’ yang dianjurkan oleh kementerian dan Greentech Malaysia antara lain menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup kehijauan serta menonjolkan inisiatif kehijauan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Seramai hampir 4,000 pengunjung menghadiri karnival itu yang menampilkan pelbagai aktiviti termasuk permainan untuk kanak-kanak, konsert mini, bengkel
pendidikan dan menukar barangan kitar semula dengan hadiah.

Monday 11 April 2011

Rakyat Malaysia Bazir Air Paling Tinggi di Asia Tenggara



Jimatkan Air


Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna yang paling banyak membazir air berbanding pengguna negara lain di Asia Tenggara, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. Menurut Kajian Penggunaan Air Domestik, katanya, penduduk Malaysia menggunakan purata 226 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura 155 liter dan Thailand sebanyak 90 liter setiap hari.


Katanya kadar penggunaan air yang disyorkan untuk setiap penduduk di negara ini ialah 165 liter setiap hari dan penggunaan air semasa oleh setiap individu mencerminkan tabiat pembaziran oleh masyarakat. “Sekiranya penduduk Malaysia mematuhi kadar penggunaan air yang disyorkan itu, maka pengguna boleh menjimat sehingga 28.2 meter padu setiap isi rumah yang membawa kepada penjimatan RM18.33 sebulan,” katanya ketika merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, hari ini.

Monday 4 April 2011

Tips Menjimatkan Penggunaan Air

wine-glass
Mandian
  • Mandi menggunakan air yang disimpan dalam kolah atau baldi adalah lebih menjimatkan dari air pancuran.
  • Tadah air ketika bersabun atau bersyampu.
Penggunaan tandas
  • Gunakan peralatan dua pam dalam sistem pengepaman. Ia hanya menggunakan 6 liter untuk pengepaman sepenuhnya, dan 3 liter untuk pengepaman separuh, berbanding sistem pengepaman biasa yang menggunakan 10 liter air.
Membasuh kenderaan
  • Kurangkan membasuh kenderaan. Hanya cuci apabila kenderaan benar-benar kotor.
  • Jika membasuh kenderaan gunakan air yang ditadah dalam baldi. Membasuh dengan menggunakan hos getah akan meningkatkan penggunaan air.
Tadahan air hujan
  • Tadah air hujan untuk kegunaan membasuh kenderaan, membersih laman rumah atau menyiram pokok.
  • Bil air dapat dikurangkan jika menggunakan sumber air yang asli.
Mencuci pakaian.
  • Cuci pakaian menggunakan mesin basuh hanya apabila muatannya penuh. Jumlah penggunaan air bagi muatan penuh dan separuh adalah lebih kurang sama.
  • Gunakan sabun pencuci yang mesra alam bagi mengelakkan sisa sabun tersebut mencemari sumber air.
  • Jika membasuh menggunakan tangan, pastikan pakaian dibilas dalam baldi, dan bukan terus dari paip.
Menyiram pokok
  • Jangan gunakan hos getah sebaliknya gunakan baldi.
Kebocoran paip atau saluran
  • Dari masa ke semasa, perhatikan paip-paip rumah anda sama ada mengalami kebocoran atau tidak. Sekiranya bocor, tukar segera peralatan yang rosak bagi mengelakkan pembaziran air

Tuesday 29 March 2011

Pembaziran Air... Siapa yang salah?



Air atau nama saintifiknya hidrogen oksida {H20} merupakan elemen hidup yang amat penting, kini dikatakan mengalami ancaman kekeringan disebabkan oleh pelbagai aktiviti pembaziran yang tidak dikawal. Kita harus sedar, tanpa air, manusia hanya mampu hidup selama seminggu sahaja. Ini adalah kerana 65% daripada tubuh manusia terdiri daripadanya. Sekiranya tubuh kita kehilangan air, kita akan mengalami penyahhidratan dan kemungkinan besar akan mati. Ini menunjukkan betapa pentingnya air di dalam tubuh badan kita selain daripada keperluan untuk pelbagai aktiviti harian seperti mandi, membasuh, memasak, mencuci dan juga keperluan di kilang-kilang perindustrian.

Sejauh manakah kesedaran kita akan hakikat dan apakah langkah-langkah wajar yang telah diambil dalam usaha mengurangkan proses pengeringan tersebut? Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita telusuri sedikit fakta daripada pakar geografi dimana telah disahkan bahawa bumi ini diliputi oleh 71% air. Air tawar dikatakan cuma 2.53% daripadanya. Manakala 69% daripada 71% air tersebut terdiri daripada permafost dan bongkah ais glasier. Sekitar 0.3% sahaja daripada keseluruhan air tawar yang ada di muka bumi ini yang boleh dijadikan air minuman terutamanya kepada manusia dan haiwan.

0.3% bukanlah satu jumlah yang besar jika mahu dibandingkan dengan jutaan pengguna yang ada di muka bumi ini. Ini adalah kerana, selain dari untuk penggunaan rutin manusia, air juga terlibat di dalam pelbagai kegunaan seperti pengairan untuk tanah-tanah pertanian, penghasilan elektrik di stesyen-stesyen janakuasa dan juga berfungsi sebagai pengalir keluar bahan cemar atau kumuh industri moden. Selain dari itu, pada zaman yang serba canggih ini, kita dapati proses ekologi yang menghasilkan air tawar sering diganggu pula oleh aktiviti pembangunan dan pengurusan alam sekitar yang tidak terancang. Pembinaan bangunan-bangunan, rumah-rumah kediaman, pusat-pusat rekreasi dan sebagainya dengan mengenepikan kelestarian sistem ekologi turut menyumbang kepada ancaman ini. Pertambahan penduduk dan pengurusan yang tidak teratur juga telah menjadi penyokong ke arah ancaman kekeringan yang sedia ada. Kerja-kerja pembalakan dan pembangunan yang sering berlaku di kawasan hutan telah secara tidak langsung menyebabkan juga gangguan proses ekologi di kawasan tadahan membuatkan kualiti dan kuantiti air telah menurun.

Dalam masa yang sama, kita dapati ada segolongan manusia yang tidak bertanggungjawab telah membuang sampah ke dalam sungai atau mencampakkan sisa-sisa toksid ke dalam laut yang membuatkan air tercemar dam amat berbahaya jika digunakan. Air yang telah tercemar boleh membunuh ikan-ikan dan haiwan-haiwan lain yang meminumnya. Ia juga boleh membuatkan penggunanya mudah dijangkiti pelbagai penyakit.

Kita seharusnya tidak mudah melupakan kepentingan sungai yang mana merupakan satu aset penting lantaran kepelbagaian fungsinya kepada kita dan makhluk-makhluk Allah yang lain. Sikap para pemaju, pengusaha, peniaga-peniaga dan segelintir manusia yang hanya memikirkan agenda serta keuntungan sendiri tanpa memikirkan kesan kepada pengguna yang lain juga amat dikesali. Langkah-langkah wajar harus diambil untuk mengelakkan pembaziran air juga tindakan tegas harus dikenakan supaya aktiviti pencemaran tidak lagi berlaku berleluasa. Individu atau pihak yang terlibat ini sebenarnya tidak langsung bimbang akan ancaman kekeringan air kerana mereka berpendapat, hujan yang menjujuh sepanjang tahun tidak mampu memberi apa-apa kesan kepada tindakan mereka. Realitinya, alasan tersebut meleset sama sekali kerana pada tahun 1998, Jabatan Alam Sekitar telah melaporkan bahawa 1/3 daripada sungai di negara kita telah tercemar dan fenomena banjir lumpur serta banjir kilat juga sering berlaku sedangkan dalam masa yang sama bekalan air minuman semakin berkurangan. Ini membuktikan, limpahan hujan yang turun sepanjang tahun bukanlah alasan yang boleh diterima sebagai faktor tidak berlaku kekeringan air. Pembangunan yang tidak terkawal, dengan melenyapkan belantara-belantara tebal, pokok-pokok menjadi gondol, bukit bukau menjadi rata, gunung-ganang menjadi botak, telah dibuktikan menjadi salah satu penyebab besar terhakisnya sumber air di sungai-sungai di negara kita. Dalam soal ini, kita tidak harus melupakan bahawa bekalan air minuman kita mempunyai hubung kait yang amat rapat dengan hutan hujan khatulistiwa.

Dari fakta ilmu geografi, kebanyakkan air yang mengalir ke sungai lazimnya berpunca dari kawasan perbukitan atau pergunungan berhutan tebal. Apabila hujan turun ke bumi, 1/3 akan diserap oleh tumbuhan, selebihnya diserap menjadi air bawah tanah. Ini adalah proses ghalib yang terjadi. Sekiranya tidak terganggu oleh apa-apa aktiviti penebangan pokok dan penggondolan muka bumi. Tetapi sekiranya keseimbangan ini diganggu oleh aktiviti-aktiviti tidak bertanggungjawab tersebut, ia akan menyebabkan peningkatan pengaliran air ke permukaan bumi yang dikaitkan dengan masalah pencemaran, banjir dan tanah runtuh. Jumlah air bawah tanah pula akan berkurangan dan menjejaskan kitaran air. Kendatipun tumbuhan semula jadi di kawasan tadahan membantu mengelakkan hakisan tanah dan bertindak sebagai penapis yang menghasilkan kualiti air sungai baik. Inilah yang seharusnya difahami serta disedari oleh kita dalam usaha menjaga kelestarian alam sekitar supaya ancaman terhadap kekeringan air dapat dihapuskan.

Kita harus menanam sikap menyayangi air. Jangan biarkan dunia ini kontang lantaran sikap yang negatif menjadi amalan. Hargailah kepentingan air yang menjadi keperluan utama kepada keharmonian, kesejahteraan dan kesempurnaan hidup makhluk sejagat. Tanamkanlah tugu keinsafan bahawa pertambahan jumlah penduduk dan perindustrian telah begitu banyak menyumbang kepada kadar penggunaan air yang tinggi dan seterusnya meningkatkan permintaan terhadap air sedang sikap tidak bertanggungjawab terhadap mengurangkan kadar ancaman kekeringan air terus juga diamalkan. Sebagai manusia yang dianugerahkan akal oleh Allah, yang memisahkan kita dengan haiwan, marilah kita bertindak segera menjimatkan penggunaan air bagi menjamin bekalannya tidak terganggu pada masa hadapan. Sebagai seorang manusia, kita hanya memerlukan 50 liter yakni lebih kurang 30 botol air mineral bersaiz 1 kg air sehari sebagai keperluan asas. Jumlah itu digunakan untuk minuman sebanyak 5 liter, proses kebersihan peribadi sebanyak 20 liter, mandi sebanyak 15 liter dan penyediaan makanan sebanyak 15 liter. Walaupun begitu, penggunaan air mampu mencapai 500 liter bagi setiap individu yakni bersamaan 333 botol air mineral bersaiz 1 kg sekiranya sikap suka membazir tidak dikawal.

Di bawah ini, merupakan langkah-langkah ringkas penjimatan yang harus diamalkan oleh setiap individu dalam usaha membantu mengurangkan kadar pengeringan air dan pencemarannya di muka bumi.

  • Jangan membuang sampah atau apa sahaja yang boleh dianggap sisa buangan ke dalam sungai, parit, saliran, tasik atau laut.
  • Kurangkan penggunaan bahan kimia dan racun perosak terhadap tanaman di dalam taman seperti rumput rampai dan pokok-pokok bunga.
  • Sewaktu di bilik membasuh, jimatkan air dengan mengelakkan air paip mengalir secara berterusan. Gunakan baldi atau besen apabila mencuci pinggan mangkuk, makanan dan sebagainya. Ketika memberus gigi contohnya: gunakanlah hanya segelas atau secawan air. Jangan biasakan menggunakan air terus dari mulut pili yang mengalir deras. Sekiranya ini dilakukan bermakna kita telah membazir air sebanyak lebih kurang 9 liter seminit. Tutup paip air sewaktu memberus gigi atau bercukur. Air paip yang dibiarkan menitik boleh membazirkan 12,000 liter setahun.
  • Penuhi mesin basuh dengan pakaian yang hendak dicuci. Jangan biarkan banyak ruang kosong. Cara ini dapat menjimatkan air sebanyak lebih kurang 23,000 liter air setahun.
  • Kurangkan masa mandian secara shower. Mandi menggunakan baldi kecil atau penceduk adalah cara yang baik. Lebih kurang 17,000 liter air dapat dijimatkan sekiranya mandi dihadkan selama 5 minit sahaja.
  • Setiap rumah terutamanya rumah orang-orang Islam perlu mempunyai sebuah kolam bagi menyimpan air hujan. Kolam tersebut mestilah melebihi saiz dua kolah supaya dapat berwuduk secara mencelupkan anggota selain dari dapat digunakan untuk kegiatan mencuci luar rumah seperti mencuci kereta, menyiram pokok tanaman, mencuci lantai dan sebagainya. Negara kita menikmati 3000 mm hujan setiap tahun. Secara purata, sebuah rumah boleh menjimatkan 40% bersamaan 180,000 liter kegunaan air setiap tahun dengan air hujan yang dikumpulkan.
  • Berjimat sewaktu mengepam tandas. Tangki tandas yang menggunakan sistem pam separuh atau isipadu yang lebih kecil boleh menjimatkan 35,000 liter air setahun. Sekiranya menggunakan tandas model lama, letakkan bekas plastik berisi pasir atau batu-batu kecil ke dalam tangki. Bekas itu akan mengurangkan air untuk setiap pam tanpa menggangu keupayaan tandas tersebut.
  • Kurangkan kekerapan mencuci kereta. Memadailah seminggu sekali atau dua minggu sekali untuk mengelakkan pembaziran air. Kalau boleh, gunakan baldi dan bukannya hos untuk kerja-kerja pencucian tersebut.
  • Selalulah membuat pemeriksaan kebocoran terhadap tangki-tangki air yang terdapat di rumah. Cara ini mampu menghalang pembaziran beribu-ribu liter air sebulan.
  • Kitar semula dan guna pakai kembali air yang telah digunakan. Contohnya, tadah air mandian untuk digunakan untuk menyiram tanaman, air basuhan pinggan mangkuk untuk mencuci tandas dan sebagainya. Dengan cara ini, pembaziran air dapat dielakkan
Sebagai kesimpulannya, bersamalah kita menyayangi air. Insafilah kepentingannya yang terlalu besar itu. Jangan biarkan dunia kita ini kian kontang disebabkan oleh sikap negatif kita yang keterlaluan.

Saturday 19 March 2011

Tips: Kepentingan air bersih

Di negara kita air banyak sampaikan ada orang menyumpah seranah kalau air turun dengan banyak sebab petang itu dia naik motor terlupa bawa jaket lalu kuyuplah dia sepanjang di Highway itu. Sejuk menggigil pula lalu buat dia mahu kencing. Cis. Dengan kuyup itu pula dia terpaksa berhenti kencing di pinggir hiway sambil menyalahkan air terlalu banyak sampai pundi kencingnya pun terpaksa mengeluarkan air tersebut.

Kalau di akhir tahun pula air terlampau banyak akan menyebabkan banjir.

Sedangkan kat Timur tengah, tiap-tiap malam buat solat minta hujan sebab air tak ada.Jeddah is very very hot, okay.

Kita perlu bersyukur dengan kurniaan air yang banyak lalu harganya tidak membebankan sangat. Akan tetapi perlu diingat, barang baik kualiti baik punya, barang murah kualitinya perlu diperiksa. Apa barang? Ha, air lah. RM1.50 air Syabas korang boleh buat basuh 50 bijik kereta. Tapi RM1.50 air RO dalam botol tu, 10 teguk dah habis. Kan?

Air keluar ikut paip tu, nampak aje jernih mak cik pak cik oit, tapi sebenarnya alim-alim kucing aje tu. Sebenarnya kualiti air di negara kita masih rendah berikutan jiran saya suka berak di sungai. Eh, tak, maksud saya air tadahan semula jadi melarutkan pelbagai benda di dalamnya termasuklah logam berat, ampaian, bendasing, 'benda tak asing' kepunyaan jiran saya, dan air itu bersifat asid. Lepas tu, nak kasi bakteria mapuh, Syabas kena inject Chlorine pula dalam air sebelum ke paip rumah kita. Lalu air itu melalui paip besi pula, memang berzat besilah air kita.

Pendek kata, air paip itu, tapislah dulu sebelum diminum. Kita di Malaysia bukan di Mekah, Jeddah atau Singapore. Bekalan air mereka ke seantero bandar adalah air Reverse Osmosis. Ha'ah, yang dijual dalam botol mineral tu. Kat Singapore air tu diorang wat basuh berak aje.

Air kita air karat. Dan kita minum air karat tu? Yeark!




Penapis air Bio Aura mahal gile!

Wake up dude! Hello, sepasang ginjal hang tu rege berapa? Mesin dialisis tu sewa sehari tahu berapa rat? Sakitnya pula lagi nak tanggung, na'uzubillah mintak jauh. Kalau minum air tak tapis, hah, jangan tak tahu ginjal korang yang akan tapis zat-zat besi tu semua. Kalau makan Meggi, bagi ginjal korang sekurang-kurangnya empat (4) hari untuk lawaskan balik filtering system dia supaya tak jahanam makhluk Allah tu. Lepas 4 hari, boleh la cuba Meggi perisa lain pula.

Dua ribu pun sayang. Okey, memanglah mahal, tetapi barang baik ada yang murah? Beli i-phone untuk sms dan call aje sambil nak menunjuk2 tak bising pun.

Saya jurutera air dan secara details saya boleh terangkan fungsi-fungsi enam penapis di dalam Bio Aura itu. Hubungi saya kalau mahu penjelasan yang memberangsangkan dan menenangkan hati kerana dua ribu itu bukan sikit. Secara biasa-biasa, memang ejen-ejen jualan Hai-O pun boleh cerita. Tapi kadang-kadang yang tak tahu tu nak menambah-nambah mereka-reka itu yang tak bestnya. Nak jual barang punya pasal. Informasi tak tepat + ilmu tak ada = tahyul.

"Saya minum air bio aura terus kudis kat lutut saya sembuh besoknya."

Ada kudis kalu pergi la beli ubat kudis woi apa kejadah duk merepek pasal minum air kudis sembuh?

"Saya guna air bio aura untuk kolam ikan saya." Oklah tu. Tapi pastu kalau dia tambah lagi macam ni konon2. "ikan saya kini boleh berenang gaya kuak lentang semenjak memulakan hidup dalam air bio aura." Hah, mmg tahyul.

Jadi, walaupun rege dia mahal, korang fikir logiklah had dia takat mana. Tetapi, apa yang boleh dijamin, kualiti air yang keluar daripada set penapis air bio aura memang terbaik! Ia menukarkan 1000 liter air syabas yang berharga rm2* menjadi 1000 liter air mineral yang berharga RM2k. (1 liter = rm2 kan)

*harga untuk penggunaan air karat Syabas melebihi 35 meter padu (35 000 liter).

Now, does your 2000 RM worth a Bio Aura? Yes it is! You can get it from my direct selling assistant with installment scheme. Dah promo ni, takkanlah nak beli dengan orang lain pula. Saya pun dapat komisyen ni jangan wat tak tahu haha. (My contact: 016-2033009 @ Khairi)

Pengalaman Bio Aura di Putrajaya. Selepas diguna selama 2 minggu. Let the pictures talk.






Tanpa bio aura, bahan kimia cokelat ini akan ditapis ginjal anda. Ada berani?



Friday 18 March 2011

Oleh yang demikian, kita perlu minum air yang sihat dan berkualiti tanpa dipengaruhi barangan tercemar, jika tidak ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Nota/fakta :

Klorin digunakan hampir di seluruh dunia untuk merawat air minuman yang dibekalkan kepada awam kerana kesan toksiknya ke atan bakteria. Merbahaya dan lain-lain kuman bawaan air yang boleh meyebabkan penyakit. Tetapi terdapat bukti saintifik yang semakin berkembang yang menunjukan bahawa klorin di dakam air. Minuman mungkin boleh menyebabkan kesan jangka panjang yang lebih buruk daripada kesan yang cuba di halang dengan penggunaannya. Kesan-kesan ini mungkin disebabkan oleh pengambilan secara terus atau penyerapan melalui kulit. Kajian saintifik telah menggabungkan produk sampingan klorin dan pengklorinan kepada kanser organ utama, penyakit jantung dan kesan-kesan sebagainya yang disebut di atas.

Terdapat juga bukti yang menunjukan kesan kemusnahan klorin terhadap protein di dalam tubuh dan kesan buruk kepada kulit dan rambut. Kehadiran klorin dalam air boleh juga menyebabkan pembentukan kloramin didalam air yang boleh menyebabkan masalah rasa dan bau .

“semenjak kehadiran klorin didalam semula bekalan air minuman diwajibkan oleh peraturan oihak kesihatan awam., ianya terpulanglah kepada setian individu untuk menyingkirnya dilokasi penggunaan di rumah dan kediaman.“