Selamat Datang Ke Blog Airku Air Malaysia

Saturday 14 May 2011

Sumber Air Mentah Krisis Masa Hadapan negara?

Malaysia yang kaya dengan sumber air dapat memenuhi kehendak dan permintaan rakyat bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti kehidupan harian. Walaubagaimanpun, akibat daripada proses globalisasi yang membawa kepada kemajuan negara telah menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar yang kian berleluasa, sehingga merosakkan sistem sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada rakyat. Meskipun sumber air tidak pupus, tetapi air yang dapat digunakan oleh manusia dengan selamat adalah semakin berkurangan.
Pencemaran sungai di Malaysia merupakan satu masalah alam sekitar yang semakin ketara dari semasa ke semasa dan sehingga sekarang masih tiada lagi suatu cara penyelesaian secara efektif yang dapat menangani masalah ini.Baru-baru ini, isu bekalan air paip yang berbau busuk telah berlaku di sekitar tujuh daerah di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Ia berpunca daripada pengaliran masuk air busuk hitam (leachate) yang mengandungi ammonia dan bahan berbahaya lain dari kawasan pelupusan sampah Bukit Tagar ke aluran anak sungai dan seterusnya memasuki sungai Selangor.Bekalan air paip yang berbau ini telah menyebabkan penduduk di daerah-daerah tersebut tidak berani menggunakannya. Masalah ini telah menyedarkan kita betapa seriusnya masalah pencemaran air dinegara kita maka kita tidak boleh memandang ringan terhadapnya lagi malah harus mengambil tindakan yang sewajarnya agar dapat mengelakkan masalah pencemaran air yang bertambah buruk.

Thursday 5 May 2011

Air ooo Air ....






Sebatang sungai yang wujud di sesebuah kawasan kebiasaannya menjadi tumpuan utama untuk dijadikan kawasan petempatan. Jika dilihat secara keseluruhan, sejak permulaan kehidupan manusia, sungai telah memberikan banyak jasa kepada kehidupan sejagat. Apa tidaknya, ia bukan sahaja membekalkan sumber makanan, malah ia telah dikaji dan membolehkan ia digunakan untuk penjana elektrik.
Namun apa yang berlaku, jasa baik sungai tidak lagi dimanfaatkan sebagai
kemudahan kita. Sungai telah disalahpakai oleh kehidupan manusia.
Mengulas kejadian yang berlaku pada Keratan 1, Sungai Serai pada mulanya digunakan punca utama penduduk sekeliling. Dahulunya, sungai tersebut di gunakan sebagai punca utama sumber minuman harian, namun apa yang tinggal hanyalah sebuah sejarah. Daripada isu yang berlaku dalam keratan ini, kita boleh mendapati punca utama yang melanda Sungai Serai ialah berpunca kegiatan manusia yang
tidak bertanggungjawab. Melalui kenyataan pada keratan akhbar tersebut, Sungai
Serai di Hulu Langat ini dijadikan tempat untuk mencuci pasir dan ini telah berlarutan sehingga 7 tahun. Bayangkan selama 7 tahun ia digunakan sebagai kawasan mencuci pasir, apakah nasib yang akan ditimpa oleh penduduk Hulu Langat yang berdekatan dengan Sungai Serai. Apa yang dilhat sini, aktiviti mencuci pasir ini telah menjejsakan kualiti air mentah di negara kita.