Selamat Datang Ke Blog Airku Air Malaysia

Wednesday 27 April 2011

Tip Penjimatan Air

      Air bertindak sebagai salah satu keperluan utama untuk pertambahan dan pembangunan sejagat. Penambahan populasi manusia dan perindustrian menyumbang kepada kadar penggunaan air yang tinggi, faktor ini meningkatkan permintaan air. Semakin kita melangkah ke gaya hidup yang lebih moden, kita perlu bertindak untuk menjimatkan penggunaan air bagi menjamin bekalannya di masa hadapan.
      Sebagai contoh seorang manusia hanya memerlukan 50 liter (lebih kurang 30 botol air mineral bersaiz besar) air sehari untuk keperluan asas. Jumlah ini dibahagi kepada air minuman (5 liter), kebersihan peribadi (20 liter), mandi (15 liter) dan penyediaan makanan (15 liter). Namun demikian, penggunaan air boleh mencapai sehingga 500 liter per individu iaitu bersamaan dengan 333 botol air mineral bersaiz besar.
      Antara tindakan yang boleh diambil untuk memjimatkan air ialah:
  1. Mengumpul air hujan
  2. air ini boleh digunakan terutama untuk kegunaan luar rumah seperti menyiram pokok, membasuh kereta dan mencuci lantai. Malaysia menikmati 3000 mm hujan setiap tahun, secara purata sebuah rumah boleh menjimatkan 40% bersamaan 180,000 liter kegunaan air setiap tahun dengan air hujan yang dikumpulkan ini.
  3. Menutup paip
  4. jimatlah air dengan mengelakkan air paip dari mengalir secara berterusan. Gunakan baldi atau besen apabila mencuci pinggan mangkuk, makanan dan kereta. Tutuplah paip air ketika memberus gigi atau bercukur. Air paip yang dibiarkan menitik boleh membazirkan 12,000 liter air setahun.
  5. Berjimat ketika mengepam tandas
  6. pastikan belian anda selepas ini adalah tangki tandas yang menggunakan sistem pam- separuh atau isipadu yang lebih kecil, ini boleh menjimatkan 35,000 liter air setahun (layari internet: ‘toilet+half flush’) ataupun cara mudah dengan meletakkan bekas plastik ke dalam tangki tandas (diletakkan pasir @ batu kecil dan dipenuhi dengan air). Bekas itu akan mengurangkan air untuk setiap pam tanpa menggangu keupayaaan tandas tersebut.
  7. Periksa kebocoran
  8. titiskan beberapa titik pewarna ke dalam tangki tandas dan periksa mangkuk tandas samada perwarna  tersebut kelihatan, jika ada ini bermakna terdapat kebocoran. Baikilah segera kerana kebocoran yang kecil boleh membazirkan beribu liter air sebulan.
  9. Kurangkan masa mandian secara hujan (shower)
  10. mandi menggunakan gayung adalah cara terbaik. Dijangkakan 17,000 liter air di setiap rumah dapat dijimatkan jika mandian secara hujan dihadkan kepada 5 minit.
  11. Penuhi mesin basuh
  12. lebih kurang 23,000 liter air setiap tahun dapat dijimatkan jika kita hanya membasuh apabila mesin penuh.
  13. Kurangkan kekerapan mencuci kereta
  14. cucilah kereta sekali dalam seminggu untuk mengelakkan pembaziran air.

Tuesday 19 April 2011

# Rakyat Malaysia Paling Banyak Bazir Air

Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna yang paling banyak membazir air berbanding pengguna negara lain di Asia Tenggara, kata Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Menurut Kajian Penggunaan Air Domestik, katanya, penduduk Malaysia menggunakan purata 226 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura (155 liter) dan Thailand sebanyak 90 liter setiap hari.
Katanya kadar penggunaan air yang disyorkan untuk setiap penduduk di negara ini ialah 165 liter setiap hari dan penggunaan air semasa oleh setiap individu mencerminkan tabiat pembaziran oleh masyarakat.
“Sekiranya penduduk Malaysia mematuhi kadar penggunaan air yang disyorkan itu, maka pengguna boleh menjimat sehingga 28.2 meter padu setiap isi rumah yang membawa kepada penjimatan RM18.33 sebulan,” katanya ketika merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, hari ini.
Chin berkata mengikut kajian itu, 70 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak mungkin mengurangkan jumlah penggunaan air di rumah masing-masing pada tiga tahun akan datang.
“Kita tidak sedar tindakan kecil seperti membiarkan air paip terus mengalir ketika memberus gigi dan mengabaikan kebocoran paip boleh mengakibatkan jumlah
besar pembaziran air yang dirawat,” katanya.
Karnival sehari dengan tema ’1Hijau 1Komuniti’ yang dianjurkan oleh kementerian dan Greentech Malaysia antara lain menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup kehijauan serta menonjolkan inisiatif kehijauan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Seramai hampir 4,000 pengunjung menghadiri karnival itu yang menampilkan pelbagai aktiviti termasuk permainan untuk kanak-kanak, konsert mini, bengkel
pendidikan dan menukar barangan kitar semula dengan hadiah.

Monday 11 April 2011

Rakyat Malaysia Bazir Air Paling Tinggi di Asia Tenggara



Jimatkan Air


Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna yang paling banyak membazir air berbanding pengguna negara lain di Asia Tenggara, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. Menurut Kajian Penggunaan Air Domestik, katanya, penduduk Malaysia menggunakan purata 226 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura 155 liter dan Thailand sebanyak 90 liter setiap hari.


Katanya kadar penggunaan air yang disyorkan untuk setiap penduduk di negara ini ialah 165 liter setiap hari dan penggunaan air semasa oleh setiap individu mencerminkan tabiat pembaziran oleh masyarakat. “Sekiranya penduduk Malaysia mematuhi kadar penggunaan air yang disyorkan itu, maka pengguna boleh menjimat sehingga 28.2 meter padu setiap isi rumah yang membawa kepada penjimatan RM18.33 sebulan,” katanya ketika merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, hari ini.

Monday 4 April 2011

Tips Menjimatkan Penggunaan Air

wine-glass
Mandian
  • Mandi menggunakan air yang disimpan dalam kolah atau baldi adalah lebih menjimatkan dari air pancuran.
  • Tadah air ketika bersabun atau bersyampu.
Penggunaan tandas
  • Gunakan peralatan dua pam dalam sistem pengepaman. Ia hanya menggunakan 6 liter untuk pengepaman sepenuhnya, dan 3 liter untuk pengepaman separuh, berbanding sistem pengepaman biasa yang menggunakan 10 liter air.
Membasuh kenderaan
  • Kurangkan membasuh kenderaan. Hanya cuci apabila kenderaan benar-benar kotor.
  • Jika membasuh kenderaan gunakan air yang ditadah dalam baldi. Membasuh dengan menggunakan hos getah akan meningkatkan penggunaan air.
Tadahan air hujan
  • Tadah air hujan untuk kegunaan membasuh kenderaan, membersih laman rumah atau menyiram pokok.
  • Bil air dapat dikurangkan jika menggunakan sumber air yang asli.
Mencuci pakaian.
  • Cuci pakaian menggunakan mesin basuh hanya apabila muatannya penuh. Jumlah penggunaan air bagi muatan penuh dan separuh adalah lebih kurang sama.
  • Gunakan sabun pencuci yang mesra alam bagi mengelakkan sisa sabun tersebut mencemari sumber air.
  • Jika membasuh menggunakan tangan, pastikan pakaian dibilas dalam baldi, dan bukan terus dari paip.
Menyiram pokok
  • Jangan gunakan hos getah sebaliknya gunakan baldi.
Kebocoran paip atau saluran
  • Dari masa ke semasa, perhatikan paip-paip rumah anda sama ada mengalami kebocoran atau tidak. Sekiranya bocor, tukar segera peralatan yang rosak bagi mengelakkan pembaziran air