Sebagai contoh seorang manusia hanya memerlukan 50 liter (lebih kurang 30 botol air mineral bersaiz besar) air sehari untuk keperluan asas. Jumlah ini dibahagi kepada air minuman (5 liter), kebersihan peribadi (20 liter), mandi (15 liter) dan penyediaan makanan (15 liter). Namun demikian, penggunaan air boleh mencapai sehingga 500 liter per individu iaitu bersamaan dengan 333 botol air mineral bersaiz besar.
Antara tindakan yang boleh diambil untuk memjimatkan air ialah:
- Mengumpul air hujan air ini boleh digunakan terutama untuk kegunaan luar rumah seperti menyiram pokok, membasuh kereta dan mencuci lantai. Malaysia menikmati 3000 mm hujan setiap tahun, secara purata sebuah rumah boleh menjimatkan 40% bersamaan 180,000 liter kegunaan air setiap tahun dengan air hujan yang dikumpulkan ini.
- Menutup paip jimatlah air dengan mengelakkan air paip dari mengalir secara berterusan. Gunakan baldi atau besen apabila mencuci pinggan mangkuk, makanan dan kereta. Tutuplah paip air ketika memberus gigi atau bercukur. Air paip yang dibiarkan menitik boleh membazirkan 12,000 liter air setahun.
- Berjimat ketika mengepam tandas pastikan belian anda selepas ini adalah tangki tandas yang menggunakan sistem pam- separuh atau isipadu yang lebih kecil, ini boleh menjimatkan 35,000 liter air setahun (layari internet: ‘toilet+half flush’) ataupun cara mudah dengan meletakkan bekas plastik ke dalam tangki tandas (diletakkan pasir @ batu kecil dan dipenuhi dengan air). Bekas itu akan mengurangkan air untuk setiap pam tanpa menggangu keupayaaan tandas tersebut.
- Periksa kebocoran titiskan beberapa titik pewarna ke dalam tangki tandas dan periksa mangkuk tandas samada perwarna tersebut kelihatan, jika ada ini bermakna terdapat kebocoran. Baikilah segera kerana kebocoran yang kecil boleh membazirkan beribu liter air sebulan.
- Kurangkan masa mandian secara hujan (shower) mandi menggunakan gayung adalah cara terbaik. Dijangkakan 17,000 liter air di setiap rumah dapat dijimatkan jika mandian secara hujan dihadkan kepada 5 minit.
- Penuhi mesin basuh lebih kurang 23,000 liter air setiap tahun dapat dijimatkan jika kita hanya membasuh apabila mesin penuh.
- Kurangkan kekerapan mencuci kereta cucilah kereta sekali dalam seminggu untuk mengelakkan pembaziran air.
No comments:
Post a Comment